TERMS & CONDITIONS

Assalamualaikum w.b.t... 

Pertama sekali saya ingin memaklumkan saya cuma mengendalikan Wardahwardrobe secara part time basis sahaja (online sahaja) kerana saya bekerja full time. Saya mungkin akan reply lambat tapi saya cuba untuk reply asap. Harap maklum sistem Wardahwardrobe lebih kepada sistem PRE-ORDER, saya akan kumpul order selama seminggu sebelum saya ke kedai pada hujung minggu untuk mengambil baju-baju yang sudah dibuat bayaran. Diharapkan anda dapat mengatur masa pembelian supaya item yang diorder dapat diterima pada masa yang anda harapkan. 

PROSES TEMPAHAN : 

1. SILA ISI ORDER FORM YANG TELAH DISEDIAKAN ATAU EMAIL ORDER ANDA KE wardahwardrobe@yahoo.com. JIKA ANDA EMAIL SILA PASTIKAN ANDA MENULIS :-
- Nama Penuh
- Alamat Penghantaran dan Poskod
- No Telefon
- Order Anda (Kod & Saiz)

2. SILA CEK SPAM BOX/BOXBE/JUNK MAIL ANDA SEKIRANYA TIDAK MENERIMA REPLY DARI WARDAHWARDROBE DALAM TEMPOH 36 JAM. 

3. READY STOCK ITEM IN HAND : Bayaran penuh perlu dilakukan dan item akan dipos dalam masa 48 jam, insya Allah. 

4. ORDER ITEM : Saya akan confirm dengan kedai dahulu samada item dikehendaki ada atau sudah sold out. Bayaran penuh perlu dilakukan setelah item disahkan ada. SAYA CUMA AKAN PICK UP BAJU YANG DIORDER SELEPAS BAYARAN DILAKUKAN. 

4. SAYA AKAN AMBIL STOK BAJU PADA SETIAP MINGGU, MELAINKAN ADA DINYATAKAN NOTIS. Item akan dipos pada hari pos (Isnin/Khamis). 

PEMBAYARAN :

1. Sila buat pembayaran ke salah satu daripada akaun MAYBANK/CIMB/BIMB yang akan diberikan dalam email. Sila emailkan slip pembayaran atau printscreen jika pembayaran dilakukan secara online ke wardahwardrobe@yahoo.com untuk pengesahan tempahan. Sila emailkan gambar resit sekiranya bayaran dilakukan di mesin cash deposit/atm/kaunter. 

 2. Sila beri NAMA PENUH, ALAMAT & NO TEL anda dan nyatakan pembayaran telah dilakukan di Maybank/BIMB/CIMB. 

PERKHIDMATAN POS 

 1. POSLAJU (UNTUK SEHELAI BAJU) - Semenanjung Malaysia : RM6 - Sabah & Sarawak : RM9 

2. POSLAJU (UNTUK 2 HELAI BAJU DAN LEBIH) - Semenanjung Malaysia : RM7 - Sabah & Sarawak : RM9 * sekiranya lebih dari 3 item, bayaran tambahan RM1 bagi setiap item akan dikenakan. 

3. Hari pos cuma pada hari Isnin dan Khamis sahaja - Pukul 7 malam. Hari Pos : Isnin (Dijangka sampai pada anda hari Selasa/Rabu) Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari Sabtu @ 6pm. Hari Pos : Khamis (Dijangka sampai pada anda hari Jumaat/Ahad) Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari Rabu @ 6pm. 

NOTIS 

1. Harga yang dipamerkan tidak termasuk harga pos selain yang dinyatakan.

2. Warna item yang dipamerkan mungkin lain sedikit dari warna asal (efek kamera). Harap faham ye.

3. Saya cuma akan ambil stok atau tukar saiz baju pada hari Sabtu/Ahad. Sekiranya berminat dengan sesuatu item, sila beritahu selewat-lewatnya pada hari Jumaat. Bayaran selewat-lewatnya hari Jumaat.

4. Sekiranya tiada pembayaran selepas masa yang ditetapkan, saya tidak akan mengambil item yang diorder tanpa notis.

Sekian, kerjasama anda amat saya hargai. Jika ada kekurangan serta silap dah salah dari pihak saya ingin memohon seribu kemaafan. Terima kasih kerana sentiasa menyokong WardahWardrobe. Saya akan sentiasa beri yang terbaik pada anda.

Terima kasih

Gembira Memberi
Suhida Mat Hanip
Pengasas WardahWardrobe